Doa Rasulullah SAW Melihat Hujan Turun


Pujian dan Doa Ketika Menerima Pujian




Tanda Riya' dan Doa Elak Riya'




Rasa Takut Kepada Allah

Muhasabah diri yang ingin hatiku kongsikan berkenaan rasa takut kepada Allah. Ada 2 jenis ketakutan iaitu apabila kita berbuat jahat dan ketika kita berbuat baik. 

Apabila kita berbuat jahat, rasa takut kepada azab balasan Allah dapat menyedarkan kita untuk segera bertaubat. Apabila berbuat baik pula, rasa takut sekiranya Allah tidak menerima amalan baik kita dan menjadi sia-sia kerana sikap riya', ujub, sum'ah dan takabbur kita sendiri. Rasa takut itu akan menyebabkan kita beramal dengan penuh pengharapan agar ibadah kita diterima dan mendapat ganjaran pahala. Rasa takut itu juga akan menyebabkan kita sentiasa memohon keampunan Allah. Rasa takut itu juga dapat mengikis sikap ujub dalam hati kita, Inshaa Allah.

Dari itu, setiap kali sebelum membuat sesuatu, baca Bismillah dan niatkan ikhlas kerana Allah. Sambil beramal, rasa takut dan letakkan pengharapan penuh agar Allah menerima ibadah kita. Setelah selesai, ucap Alhamdulillah dan kemudian istighfar banyak-banyak agar Allah mengampunkan dosa kita di atas segala kekurangan yang berlaku semasa kita beribadat tadi. 

Semoga perkongsian ini membawa manfaat untuk kita umat Nabi Muhammad SAW, Inshaa Allah

Maafkan dan Berbuat Baik



Senyum Sunnah Rasulullah SAW


Doa Elak Penyakit Hati


Berzikir Cara Rasulullah SAW


Peta Kehidupan


Tujuh Perkataan Mulia Setiap Hari


Amar Makruf Nahi Mungkar

"Barang siapa di antara kamu menjumpai kemunkaran maka hendaklah ia mencegah dengan tangan (kekuasaan)nya, apabila tidak mampu hendaklah dengan lisannya, dan jika masih belum mampu hendaklah ia mencegah dengan hatinya. Dan (dengan hatinya) itu adalah selemah-lemahnya iman". (Hadis riwayat Muslim)

Beza Malaikat, Manusia dan Binatang


Perbezaan antara Malaikat, Binatang dan Manusia:-

Malaikat ada akal tanpa nafsu.
Binatang ada nafsu tanpa akal.
Manusia ada akal dan nafsu.


Manusia akan lebih tinggi darjatnya daripada malaikat apabila dia dapat melakukan perkara-perkara yang disuruh Allah dan meninggalkan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT. Kerana manusia kena bermujahadah (berlawan) dengan nafsu untuk dapat melakukan amalan tersebut. Sebaliknya, malaikat tidak perlu bermujahadah (berlawan) dengan nafsu.


Manusia akan lebih hina darjatnya dari binatang apabila meninggalkan perkara-perkara yang disuruh Allah dan melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT. Kerana manusia tidak menggunakan akal yang dikurniakan untuk dapat melakukan amalan tersebut. Sebaliknya, binatang memang tidak berakal untuk dapat membezakan sesuatu itu betul atau salah. Contoh: Lembu tahu ke, daun pucuk ubi rumah mana yang boleh di makan atau tidak?

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. (179)" (Terjemahan surah Al-A'raf ayat 179)

Dan ini juga boleh menjadi dalil, kalau Allah SWT hendak manusia semuanya masuk syurga kenapa tidak mengurniakan kita akal sahaja tanpa nafsu. Dan sebaliknya, kalau Allah SWT hendak manusia semuanya masuk neraka kenapa tidak mengurniakan kita nafsu sahaja tanpa akal. Fikir, fikirkan.........


Allah SWT tidak pernah menzalimi kita, tetapi kitalah yang menzalimi diri sendiri.



Sumber : http://www.onlajer.net/2012/03/malaikat-binatang-dan-manusia.html




Jihad Melawan Nafsu

Ketika balik dari satu peperangan yang dahsyat melawan kaum musyrikin, 
Rasulullah shollallahu ‘alaihi wasallam bersabda :-


 قَدِمْتُمْ خَيْرَ مَقْدَمٍ قَدِمْتُمْ مِنْ جِهَادِ الأَصْغَرِ إِلَى جِهَادِ الأَكْبَرِ " . قِيلَ : وَمَا جِهَادُ الأَكْبَرِ ؟ , قَالَ : " مُجَاهَدَةُ الْعَبْدِ هَوَاهُ


 Maksudnya: "Kamu semua telah datang daripada tempat yang sebaik-baiknya. Kamu telah datang daripada jihad kecil menuju jihad yang lebih besar." Dikatakan: "Apa jihad lebih besar itu?" Rasulullah s.a.w menjawab: "Seseorang hamba mujahadah melawan hawa nafsunya". 

 Ianya diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi dalam Az-Zuhd Al-Kabir (no: 383), Imam Al-Khatib Al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad (15:685) dan Imam Ibn Al-Jauzi dalam Zam Al-Hawa (no: 118). Imam Al-Mulla Ali Al-Qari meriwayatkannya secara Mursal dalam Al-Asrar Al-Marfu’ah fi Al-Akhbar Al-Maudhu’ah (no 210).

Kejadian Akal dan Nafsu


Dalam sebuah kitab karangan ‘Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : “Wahai akal mengadaplah engkau.” Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : “Wahai akal berbaliklah engkau!”, lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : “Wahai akal! Siapakah aku?”. Lalu akal pun berkata, “Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah.”

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : “Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau.”


Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : “Wahai nafsu, mengadaplah kamu!”. Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : “Siapakah engkau dan siapakah Aku?”. Lalu nafsu berkata, “Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau.”

Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka Jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : “Siapakah engkau dan siapakah Aku?”. Lalu nafsu berkata, “Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau.”

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu’ selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : “Siapakah engkau dan siapakah Aku?”. Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, ” Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku.”

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa. Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat dan degil. Oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.