Rasa Takut Kepada Allah

Muhasabah diri yang ingin hatiku kongsikan berkenaan rasa takut kepada Allah. Ada 2 jenis ketakutan iaitu apabila kita berbuat jahat dan ketika kita berbuat baik. 

Apabila kita berbuat jahat, rasa takut kepada azab balasan Allah dapat menyedarkan kita untuk segera bertaubat. Apabila berbuat baik pula, rasa takut sekiranya Allah tidak menerima amalan baik kita dan menjadi sia-sia kerana sikap riya', ujub, sum'ah dan takabbur kita sendiri. Rasa takut itu akan menyebabkan kita beramal dengan penuh pengharapan agar ibadah kita diterima dan mendapat ganjaran pahala. Rasa takut itu juga akan menyebabkan kita sentiasa memohon keampunan Allah. Rasa takut itu juga dapat mengikis sikap ujub dalam hati kita, Inshaa Allah.

Dari itu, setiap kali sebelum membuat sesuatu, baca Bismillah dan niatkan ikhlas kerana Allah. Sambil beramal, rasa takut dan letakkan pengharapan penuh agar Allah menerima ibadah kita. Setelah selesai, ucap Alhamdulillah dan kemudian istighfar banyak-banyak agar Allah mengampunkan dosa kita di atas segala kekurangan yang berlaku semasa kita beribadat tadi. 

Semoga perkongsian ini membawa manfaat untuk kita umat Nabi Muhammad SAW, Inshaa Allah

0 comments:

Post a Comment