Jangan bilang siapa-siapa
Diri punya kebaikan
Jangan bilang siapa-siapa
Orang punya keaiban
Tuntut ilmu kebaikan
Untuk jadikan amalan
Bukan untuk penilaian
Orang lain punya urusan
Belajar kenal kejahatan
Untuk jadi pengajaran
Bukan untuk hukuman
Orang lain punya urusan
Kerana hati budi orang lain
Bukan kita punya urusan
Kerana hati budi orang lain
Hanya diketahui Tuhan
Jika mampu beri teguran
Kata lisan penuh hikmah
Atau hanya mendoakan
Moga Allah beri hidayah
0 comments:
Post a Comment