Ya Rasulullah

Malu rasanya meluahkan cinta, 
Kepada dia kekasih Allah, 
Kerana dia insan mulia, 
Sedangkan diriku insan biasa, 

Ku pujuk jua hati dan jiwa, 
Meluahkan rasa cinta membara,
Di dalam pujian ucapan selawat, 
Tanda penghargaan seorang umat, 
Ya Nabi Salam Alaika.. Ya Rasul Salam Alaika.. 
Kami Rindukan Mu Ya Rasullullah.. Syafaatkanlah kami..

Ya Rasulullah engkau adalah cahaya segala cahaya, 
Juga membawa kasih sayang untuk semua manusia, 
Engkau membawa rahmat dan berkat Tuhan untuk sekalian alam, 
Sebagai contoh ikutan di dalam ibadah dan akhlaknya, 
Keberaniannya, pemurahnya dan juga tawadhuknya, 
Juga sifat pemaafnya, tawakalnya dan kasih sayangnya.

Teringat akan senandung Siti Aisyah r.a,
Sambil berdiri dipusara kekasih Allah,

“Wahai insan yang tidak pernah memakai sutera
Yang tak pernah tidur diatas tilam yang empuk
Wahai insan yang keluar dari dunia dan perutnya
Tidak pernah kenyang dengan roti dan gandum
Wahai insan yang memilih tikar tempat tidurnya
Wahai insan yang berjaga sepanjang malam tanpa tidur’ 
Kerana takut sentuhan neraka sa’ir…….”

Selawat dan salam ke atas Nabi Junjungan kami Muhammad S.A.W
Semoga kami tergolong dikalangan yang mengamalkan sunnah dan ajaranmu
disamping berusaha menjadi generasi al-Quran
dengan rahmat dan bimbingan yang Maha Esa lagi Maha Berkuasa




0 comments:

Post a Comment