Kisah Rasulullah SAW dan Wang 8 Dirham




Suatu hari Rasulullah SAW keluar dengan maksud untuk berbelanja. Dengan bekal wang 8 dirham, baginda hendak membeli pakaian dan peralatan rumah tangga. Belum juga sampai di pasar, baginda mendapati seorang wanita yang sedang menangis. Baginda sempatkan bertanya kenapa menangis. Apakah sedang ditimpa musibah? 

Perempuan itu menyampaikan bahawa ia adalah seorang hamba yang sedang kehilangan wang sebanyak 2 dirham. Ia menangis sangat takut didera oleh majikannya. Dua dirham dikeluarkan dari saku Rasulullah untuk menghibur perempuan malang tersebut. Kini tinggal 6 dirham. Baginda bergegas membeli gamis, pakaian kesukaannya.

Akan tetapi baru beberapa langkah dari pasar, seorang tua lagi miskin setengah teriak berkata, "Barang siapa yang memberiku pakaian, Allah akan menghiasinya kelak." Rasulullah memeriksa laki-laki tersebut. Pakaiannya lusuh, tak elok lagi dipakai. Gamis yang baru dibelinya dilepaskan lalu diberikan dengan sukarela kepadanya. Baginda Rasulullah tak jadi memakai baju baru. Dengan langkah ringan baginda hendak segera pulang. 

Akan tetapi baginda harus lagi bersabar. Kali ini Rasulullah menjumpai perempuan yang diberi dua dirham tersebut mengadukan persoalan, bahawa ia takut pulang. Ia khuatir akan dihukum oleh majikannya kerana terlambat. Sebagai hamba, saat itu nilainya tidak lebih dari seekor binatang. Hukuman fizikal sudah sangat lazim diterima. Rasulullah diutus di dunia untuk mengadakan pembelaan terhadap rakyat jelata. Dengan senang hati baginda Rasulullah meghantarkan budak perempuan tersebut ke rumah majikannya. 

Sesampainya di rumah, Rasulullah ucapkan salam. Sekali, dua kali belum ada jawapan. Baru salam yang ketiga dijawab oleh penghuni rumah. Nampaknya semua penghuni rumah tersebut adalah perempuan. Ketika ditanya kenapa salam beliau tidak dijawab, pemilik rumah itu mengatakan sengaja melakukannya dengan maksud didoakan Rasulullah dengan salam tiga kali. 

Selanjutnya Rasulullah menyampaikan maksud kedatangannya. Baginda menghantar perempuan yang menjadi budak tersebut karena takut mendapat hukuman. Rasulullah kemudian menyampaikan : "Jika perempuan ini salah dan perlu dihukum, biarlah aku yang menerima hukumannya." 

Mendengar ucapan Rasulullah in penghuni rumah terkedu. Mereka merasa mendapat pengajaran yang sangat berharga dari baginda Rasulullah. Secara spontan mereka menyampaikan, "Budak belian ini merdeka kerana Allah." 

Betapa bahagianya Rasulullah mendengar pernyataan itu. Baginda Rasulullah sangat bersyukur dengan wang 8 dirham mendapat keuntungan ribuan dirham, yakni harga budak itu sendiri. 

"Bahawasanya Allah sentiasa menolong hambaNya, selama ia menolong saudaranya."



0 comments:

Post a Comment